NOR Rateha menunjukkan lima produk TS Skin Solutions.
NOR Rateha menunjukkan lima produk TS Skin Solutions.
Wan Nur Ameera Meor Rozman


Kuala Lumpur: TS Skin Solutions Sdn Bhd, syarikat yang mengeluarkan produk penjagaan dan kecantikan kulit merancang membuka tiga hingga empat cawangan kedainya di pusat beli-belah sekitar Kuala Lumpur, Bangi dan Johor dalam tempoh dua tahun dari sekarang.

Ketua Pegawai Eksetutifnya, Nor Rateha Saonah Salamon berkata, menerusi perancangan yang dilihat seiring dengan permintaan pasaran yang semakin meningkat, pihaknya menjangka memperuntukkan pelaburan bernilai lebih RM100,000 untuk pembangunan unit kedai.

“Saya berhasrat meletakkan jenama TS Skin Solution sebaris dengan produk jenama antarabangsa. Jadi, rancangan pembukaan kedai ini bukan saja menunjukkan keyakinan kami terhadap pasaran, malah untuk memudahkan pelanggan mendapatkannya,” katanya.

Setakat ini, TS Skin Solutions mempunyai lima barisan produk merangkumi dua sabun TS Facial Soap untuk kulit normal dan sensitif manakala Byutikea Foundation berperanan sebagai bedak asas mudah sebagai pengganti kepada bahan solekan khas bagi wanita yang sibuk bekerja.

Bagi produk TS Feminine Wash dan TS Creme Descargot, produk topeng berasaskan siput laut yang tinggi kandungan protein serta vitamin B, C dan E diinspirasi daripada produk Korea yang diubah suai untuk kulit orang Malaysia.

Nor Rateha berkata, berbeza dengan kebanyakan produk penjagaan dan kecantikan kulit lain, produk jenamanya amat mementingkan kualiti dan hanya menggunakan bahan berasaskan buah-buahan, tumbuhan dan bahan organik tanpa meletakkan bahan kimia.

Barisan produk TS Skin Solutions bernilai RM19.90 sehingga RM225 boleh didapatkan daripada agen dan stokis terdekat selain Facebook (TS Beauty) dan Instagram (tsbeauty_official).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2016 @ 7:13 AM