Azlan (kiri) ketika membuat pemeriksaan minyak masak di pasar raya di Dungun baru-baru ini. FOTO Aswadi Alias
Azlan (kiri) ketika membuat pemeriksaan minyak masak di pasar raya di Dungun baru-baru ini. FOTO Aswadi Alias
Zarina Abdullah


Kuala Terengganu: Cuti semua pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu dibekukan sehingga masalah bekalan minyak masak di seluruh negeri itu selesai.

Pengarah KPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samat berkata, arahan berkenaan dikeluarkan bagi memastikan pegawai KPDNKK bersedia dalam tugasan untuk memastikan bekalan minyak masak di pasaran negeri itu mencukupi.

Menurutnya, pihak turut mengarahkan 110 pegawai penguat kuasa dan 62 pegawai pemantau harga supaya menggandakan pemeriksaan bagi memastikan tidak timbul masalah berkaitan minyak masak.

"Pihak kami sudah menjalankan pemeriksaan di semua peringkat termasuk pembungkus, pemborong dan peruncit.

"Sehingga kini, tujuh premis pembungkus di Kuala Terengganu diperiksa sebanyak 14 kali, dua pemborong utama sudah diperiksa empat kali, empat pemborong peringkat kedua (8 kali), tujuh pasar raya utama (14 kali) dan kedai runcit (112 kali)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 November 2016 @ 12:09 PM