SYED Nabiil Syaamil hilang sejak Jumaat lalu. Gambar kecil, mesej yang viral bagi mengesan Syed Nabiil Syaamil.
SYED Nabiil Syaamil hilang sejak Jumaat lalu. Gambar kecil, mesej yang viral bagi mengesan Syed Nabiil Syaamil.
Mohd Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: “Saya bimbang memikirkan kemungkinan anak saya diculik penjenayah. Saya tambah gusar apabila terbaca berita kehilangan seorang kanak-kanak, Noor Ayril Aqasha, 10, sejak 31 Oktober lalu,” ujar Mukhlis Zulzalalin, 37.

Dia dikatakan membuat laporan polis selepas anak tunggalnya, Syed Nabiil Syaamil Syed Abu Zafran, 12, turut hilang dari rumah didiami di Wangsa Maju, di sini, sejak Jumaat lalu.

Kehilangan anaknya itu menyebabkan dia segera membuat laporan polis selain menggunakan aplikasi WhatsApp bagi mendapat bantuan nitizen mengesan Syed Nabill.

“Alhamdulillah akhirnya dia pulang ke rumah dalam keadaan selamat petang semalam (kelmarin) selepas dua malam tidak dapat dikesan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 November 2016 @ 8:41 AM