GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nor Amalina Alias


Bachok: Empat mayat ditemui di kawasan semak di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam Bachok, 6 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, kejadian disedari seorang penduduk kampung yang melalui kawasan semak itu.

Katanya, buat masa ini pihak polis sedang berusaha untuk ke lokasi penemuan mayat itu.

"Kawasan itu dipercayai agak bersemak, jadi kita ambil masa nak masuk ke dalam dan setakat ni saya belum boleh sahkan apa-apa maklumat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2016 @ 8:34 PM