London: Pengurus Everton Ronald Koeman menggesa pemainnya meringankan beban Romelu Lukaku (gambar) dan mula menampilkan aksi lebih mantap ketika berdepan Everton yang masih tercari-cari jaringan.

Yannick Bolasie satu-satunya pemain selain Lukaku yang menjaringkan gol buat kelab itu selepas Seamus Coleman melakukannya pada minit ke-42 untuk menang ke atas Middlesbrough, pada 17 September lalu.

Everton hanya mampu menjaringkan 13 gol daripada sembilan perlawanan liga dan Koeman percaya skuad yang dimiliki pemain seperti Kevin Mirallas, Gerard Deulofeu dan Ross Barkley sepatutnya lebih kerap menyekat kemaraan penyerang.

Permulaan baik Koeman pada kempen Liga Perdana Inggeris musim ini dicemari empat perlawanan tanpa kemenangan dan beliau mengakui perlunya menang ke atas West Ham malam ini.

“Adalah penting mempunyai pemain yang boleh menjaringkan gol dalam skuad anda dan saya percaya kami mempunyai ramai pemain bagus dalam posisi itu,” kata Koeman.

“Namun mereka perlu lebih cemerlang dan memberikan lebih produktiviti kepada pasukan. Jika ia tidak berlaku mungkin anda perlu mencari penyerang lain.

“Jika anda tonton perlawanan Burnley, kami berpeluang menjaringkan 20 gol secara keseluruhan. Kami melakukan latihan penyudah ketika sesi latihan tapi perlu lebih berkesan.

“Ia bukan hanya mengenai Everton. Tottenham juga menjaringkan 13 gol dalam sembilan perlawanan. Liga Perdana tidak begitu produktif. Kebanyakan pasukan mempunyai penyusunan pertahanan yang bagus.” -Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2016 @ 5:14 AM