AKSI Sturridge (dua dari kiri) menjaringkan gol pembukaan ketika menentang Tottenham Hotspur. FOTO AFP
AKSI Sturridge (dua dari kiri) menjaringkan gol pembukaan ketika menentang Tottenham Hotspur. FOTO AFP
AFP

London: Daniel Sturridge mengingatkan pengurus Liverpool, Juergen Klopp mengenai kehebatannya dengan dua gol ketika menang 2-1 ke atas Tottenham Hotspur pada aksi Piala Liga Inggeris, awal pagi semalam.

Sturridge memulakan tiga daripada empat aksi terakhir Liverpool dalam Liga Perdana di bangku simpanan, namun dia menggunakan peluang di Anfield untuk membantu naib juara musim lalu itu layak ke suku akhir.

Arsenal turut layak dengan Alex Oxlade-Chamberlain menyumbang dua gol ketika mengatasi Reading 2-0 manakala Hull City menang 2-1 ke atas kelab divisyen dua Bristol City.

“Secara keseluruhan, kami memang layak menang,” ujar pengurus Liverpool, Klopp.

“Banyak peluang dan persembahan mengagumkan penjaga gol Tottenham (Michel Vorm). Semuanya bagus. Saya fikir ia menghiburkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Oktober 2016 @ 8:05 AM