Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, hari ini atas tiga pertuduhan merogol kanak-kanak perempuan tahun ini.

Tertuduh, Mohd Ramzdan Abdul Rahman Wong, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicara sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Mengikut kertas pertuduhan, bapa kepada tiga orang anak itu, didakwa melakukan kesalahan merogol mangsa berusia 12 tahun di sini, 8 pagi, 18 Jun lalu.

Bagi pertuduhan kedua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di rumah beralamat sama pada 9 pagi penghujung Jun lalu.

Pertuduhan terakhir, dia didakwa merogol mangsa di tempat lain di sini, pada 11 pagi 15 Oktober lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) kanun sama.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ana Rozana Mohd Noor yang memohon tidak memberi sebarang jaminan kerana tertuduh tinggal di kawasan yang sama dengan mangsa.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 24 November ini sebagai sebutan kes untuk serahan laporan perubatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Oktober 2016 @ 1:44 PM