ERMA Fatima.
ERMA Fatima.
Sofiatul Shima Wan Chik


Semangat juang Erma Fatima sudah diketahui ramai. Baik dalam jiwa wanitanya mahupun dalam pembuluh darahnya yang bergelar anak seni.

Pada satu sisi, Erma mengangkat jenama Mak Cun menetap di hati peminat drama, telefilem dan teater. Tidak kurang pula ada yang memandang sinis usaha dan produknya.

Mengenali Erma, dia tahu apa yang dilakukannya malah yakin dengan perjalanan serta perjuangan yang dibawa dalam jiwa Mak Cun.

Ini terpapar jelas dengan pergerakan dan peningkatan fasa Mak Cun dalam setiap francaisnya. Mak Cun bukan sahaja buah hati mak cik serta pak cik yang gemar menonton drama menerusi TV3 malah anak-anak kecil juga menyayangi watak itu.

Kali ini, Erma membawakan Mak Cun ke Panggung Sari, Istana Budaya untuk pementasan kali kedua. Membawakan predikat D’walei sebagai tema pementasan, penonton tidak sahaja bakal menyaksikan warna-warni karakter namun kemeriahan tema Bollywood yang disuntik dalam teater yang bakal berlangsung pada 4 hingga 13 November ini.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Oktober 2016 @ 5:42 AM