BERI tanggungjawab kepada Erma untuk membentuk lakonannya.
BERI tanggungjawab kepada Erma untuk membentuk lakonannya.

Siapa sangka, selepas lebih tiga dekad berkecimpung dalam bidang muzik, Amy Search tampil sebagai pelakon teater menerusi teater muzikal Mak Cun D’Walei yang akan berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Walaupun mengakui agak gementar, Amy tetap berani menyahut cabaran pengarah, Erma Fatima untuk turut serta dalam pementasan yang akan berlangsung pada 4 hingga 13 November depan.

“Pada awalnya, saya agak ragu-ragu. Dalam fikiran saya, tak mungkin Erma serius mengajak untuk turut serta dalam teater muzikal kali ini. Jadi, saya beritahu kepadanya saya akan fikir terlebih dahulu.

“Selepas itu, dia terus memujuk dan saya sahut cabaran itu. Saya yakin dengan keupayaannya dalam menghasilkan pementasan teater hebat,” katanya.

Menurut Amy, selain yakin keupayaan Erma yang juga memegang peranan utama sebagai Mak Cun, dia juga memberi tanggungjawab kepada Erma untuk membentuk lakonannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2016 @ 5:03 AM