KOLEKSI terbaru Warda daripada Naelofar Hijab.

Faizatul Farlin Farush Khan

Anggun, manis dan mudah disuai padan. Itu gambaran yang boleh diberikan tatkala melihat koleksi Warda, terbaru daripada Naelofar Hijab yang lahir daripada rekaan berinspirasikan bunga ros yang berkembang cantik.

Sama seperti sentuhan seorang wanita, ros mempunyai kekuatan dalam kelembutannya. Durinya yang tajam mengimbangi kelopak bunga yang lembut, secara tidak langsung menggambarkan karakter wanita moden yang sofistikated.

Bagi koleksi terbaru ini, Warda ditampilkan dengan pek lebih berwarna-warni, versatil dan segar, selain didatangkan dalam tiga rekaan tudung berbeza iaitu selendang (Lady Warda), tudung segera (Classy Warda) dan tudung separa segera (Queen Warda).

Koleksi selendang menampilkan potongan separa bulat daripada sifon Korea dengan 35 warna berbeza, sesuai untuk wanita yang sukakan gaya lebih ringan. Ia juga dihias dengan mutiara putih Swarovski di bahagian kiri dan kanan serta perincian ringkas.

Bagi koleksi tudung separa segera, ia sesuai untuk wanita yang mahukan penampilan tudung yang lebih terletak dan boleh diubah suai gayanya mengikut cita rasa masing-masing.

Menggunakan sifon lebih berat dan mutiara putih di sepanjang bahagian kiri dan hujung atas tudung, ia mempunyai dua lipatan di bahagian atas dan menjadikan penampilan lebih anggun.

Ditawarkan dalam 60 warna pilihan, koleksi separa segera ini memiliki rekaan ringkas dan sesuai untuk wanita yang mahukan tudung yang tidak terlalu menonjol, tetapi mudah disuai padan serta elegan.

Koleksi tudung segera pula dihasilkan dengan memikirkan keperluan golongan profesional dan ibu yang sibuk mengejar masa. Mereka mahu tampil menarik, tetapi pada masa sama perlukan tudung yang praktikal.

Rekaan yang hanya perlu disarung ini sangat sesuai untuk mereka yang perlu bergerak pantas. Ia boleh diubah kedudukan dan mempunyai dua lipatan di sepanjang hujung tudung.

Dihiasi dengan mutiara putih dan ‘hotfix’ Swarovski, perincian lembut menjadikan pemakai kelihatan anggun dan bergaya. Didatangkan dalam 60 warna menarik, gaya tudung ini pasti menarik perhatian ramai wanita dari pelbagai latar belakang.

Tidak kira keadaan atau pakaian sama ada formal atau santai, koleksi tudung Warda mampu menjadikan penampilan lebih memukau.

Lebih menarik, koleksi terbaru itu turut digayakan pelakon Neelofa, yang juga pengasas Naelofar Hijab dalam drama terbarunya, Suri Hati Mr Pilot, yang kini ditayangkan di televisyen.

Koleksi Lady Warda dijual pada harga RM73, Classy Warda (RM63) dan Queen Warda (RM69) boleh didapati melalui www.naelofarhijab.com, butik Naelofar Hijab di Jalan Wan Kadir 4, Taman Tun Dr Ismail dan stokis sah jenama itu di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Oktober 2016 @ 5:02 AM