MAHDZIR (tiga kanan) melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan bersama Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon (empat kanan); Ketua Setiausaha Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad (dua kanan); Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Datuk Seri Dr Md Salleh Yaapar (empat kiri); dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Abdul Adzis Abas (tiga kiri). FOTO Ahmad Irham Mohd Noor

Siti A'isyah Sukaimi

Putrajaya: Bulan Bahasa Kebangsaan yang diadakan setiap tahun pada Oktober perlu diperluaskan penganjurannya dalam kalangan pemimpin korporat serta syarikat swasta bagi memperkasakan penggunaan bahasa Melayu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bagi memastikan pelaksanaan itu dizahirkan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) boleh mengambil langkah untuk mendekatkan diri dengan mereka untuk menjalin kerjasama dalam penganjuran program sesuai dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan.

"Secara kebiasaannya, DBP selaku urusetia dalam menguruskan pelbagai program untuk tempoh dua bulan termasuk di peringkat negeri, daerah dan sekolah malah, penganjurannya juga ada membabitkan syarikat swasta, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO).

"Justeru, adalah baik penganjuran ini turut membabitkan badan korporat, syarikat swasta yang lain dan individu dikenali sekali gus boleh membantu dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sepanjang Bulan Bahasa Kebangsaan," katanya pada sidang media pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2016 di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah DBP Datuk Abdul Adzis Abas.

Pada majlis berkenaan, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim turut menerima Anugerah Bulan Kebangsaan sebagai penghargaan dan pengiktirafan memperjuangkan martabat bahasa Melayu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2016 @ 5:48 PM