Oleh Md Fuzi Abd Lateh

Bukit Beruntung: Peserta muda, Muhammad Aqlan Mohd Rosli menjanjikan saingan menarik pada sirkit akhir Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia 2014 di Taman Millenium Kuala Kubu Bharu.

Pengalaman menyertai kejohahan dan jambori terbuka luar Hulu Selangor sebelum ini mampu memberikan suntikan semangat kepadanya.

Pelajar Maktab Rendah Sains Mara di Serting, Negeri Sembilan itu mengakui venue di ‘pentas’ sendiri memberikan kelebihan kepadanya untuk melakar kejayaan dalam kategori junior.

“Saya menerima bimbingan terbaik daripada Kelab Jiwa Basikal Bukit Beruntung sejak setahun lalu. Pengalaman ini dapat dimanfaat sepenuhnya.

“Setiap hari saya bersama ahli kelab lain menjalani latihan ketahanan dengan mendaki bukit Prima Beruntung selama tiga jam,” katanya.

Muhammad Aqlan berkata, dia mensasarkan kedudukan 50 teratas di Kuala Kubu Bharu.

“Kehadiran pelumba lebih hebat dan berpengalaman dari seluruh negara pasti menyemarakkan semangat saya untuk beraksi lebih baik lagi,” katanya.

Muhammad Aqlan berkata, dia hanya menyertai kejohanan terbuka sekitar Negeri Sembilan sejak awal tahun ini .

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 5:10 AM