KAZUTO teruja berlakon filem.  FOTO Zunnur Al Shafiq
KAZUTO teruja berlakon filem. FOTO Zunnur Al Shafiq
Syanty Octavia Amry


Begitu meminati aktiviti berlumba kereta, pelakon Kazuto Soon tidak menyangka hobi itu memberi laluan kepadanya bergelar pelakon filem.

Terbabit dengan filem KL Wangan arahan Pekin Ibrahim, Kazuto yang pernah menetap lama di Jepun mengakui tertarik dengan jalan cerita filem itu berikutan ia hampir sama dengan kehidupannya ketika di Jepun.

Malah, disebabkan meminati aktiviti lumba kereta, Kazuto turut membuka pusat membaiki kereta lumba berkuasa tinggi yang diberi nama Garage bersama seorang teman di Klang, Selangor.

“Saya tidak pernah terfikir akan berlakon filem. Apabila mendengar mengenai filem KL Wangan ini saya tertarik untuk turut serta. Tak sangka Pekin memberi kepercayaan kepada saya untuk terbabit sama. Boleh dikatakan dialog saya banyak juga dalam filem ini.

“Pada hari pertama berlakon saya akui saya baca skrip seperti membaca buku, tetapi Pekin banyak memberi tunjuk ajar dan saya rasa sekarang agak selesa sedikit serta tidak kekok,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 7:46 AM