ANGGOTA polis menjalankan siastan di lobi hotel. FOTO Hadzlihady Hassan
ANGGOTA polis menjalankan siastan di lobi hotel. FOTO Hadzlihady Hassan
Hadzlihady Hassan


Georgetown: Lelaki yang mendakwa pengganas Daish mencetuskan panik apabila membuat panggilan memberitahu dia meletakkan bom di hotel terkemuka, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki membuat panggilan itu, 10 malam tadi.

Menurutnnya, lelaki terbabit mendakwa dia meletakkan bom di lobi hotel terbabit.

"Sepasukan anggota polis yang terdiri daripada Unit Pemusnah Bom bergegas ke hotel berkenaan namun hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang bom ditemui.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati lelaki berkenaan membuat panggilan palsu namun polis masih lagi menjalankan siasatan di lokasi kejadian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Oktober 2016 @ 12:24 AM