Amin (kanan) menunjukkan brosur berkaitan Karnival YaHijau 2016 kepada Nawawi  selepas menyampaikan taklimat kepada Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan imam di Auditorium Lembaga Pembangunan Langkawi. FOTO Hamzah Osman
Amin (kanan) menunjukkan brosur berkaitan Karnival YaHijau 2016 kepada Nawawi selepas menyampaikan taklimat kepada Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan imam di Auditorium Lembaga Pembangunan Langkawi. FOTO Hamzah Osman
Hamzah Osman


Langkawi: Pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik, sekali gus memenangi hadiah lumayan sempena Karnival Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) 2016 selama dua hari bermula Jumaat ini di pekarangan Kompleks Pekan Rabu Kuah, Langkawi.

Ketua Pegawai Eksekutif YaHijau Amin Abdullah berkata, lebih 100 acara interaktif, pameran dan ceramah disusun sepanjang karnival itu bagi menggalakkan gaya hidup mementingkan alam sekitar dalam kalangan rakyat.

"Karnival ini tidak bermotifkan keuntungan, sebaliknya ia bertujuan mempromosi dan meningkat kefahaman orang ramai, memberi penghargaan dan memperkasa gaya hidup hidup hijau dalam masyarakat.

"Sehingga kini, 45 agensi kerajaan dan swasta mengesahkan turut serta menjayakan karnival dan dijangka dihadiri 6,000 pengunjung," katanya ketika ditemui di Auditorium Lembaga Pembangunan Langkawi di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlmen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad.

Terdahulu, Amin menyampaikan taklimat berkaitan karnival itu kepada lebih 200 pemimpin masyarakat terdiri daripada ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan imam masjid sekitar Langkawi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2016 @ 3:08 PM