Anggota bomba mengangkat mayat yang ditemui berdekatan Jeti Stulang Laut pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba mengangkat mayat yang ditemui berdekatan Jeti Stulang Laut pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Sepasukan anggota bomba dan penyelamat membantu mengangkat mayat lelaki tanpa identiti yang ditemui berdekatan Jeti Stulang Laut di sini, hari ini.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Pegawai Bomba Tinggi, K Karupanan berkata dua jentera yang sebelum itu membantu mangsa kemalangan, dikejarkan ke lokasi kejadian pada 9.10 pagi.

"Seramai 13 anggota membabitkan dua jentera dikejarkan ke lokasi bagi membantu polis mengangkat mayat lelaki berdekatan jeti itu.

"Operasi berkenaan tamat pada jam 10.33 pagi sebelum mayat itu diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki terbabit yang belum dipastikan identiti serta punca kematian.

Menurutnya, mayat di hantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Oktober 2016 @ 5:22 PM