IHSAN Bomba dan Penyelamat
IHSAN Bomba dan Penyelamat
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Operasi mencari wanita dipercayai terjatuh dalam longkang sejurus kemalangan dekat Flat Seri Stulang, di sini, kelmarin, ditamatkan pagi ini.

Sumber bomba berkata, mayat Wee Chui Lee, 40, temui di Sungai Tebrau, pada kira-kira 11 pagi.

Mayat mangsa ditemui terdampar di tepi sungai itu sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya.

Sementara itu, kehilangan mangsa dikongsikan orang awam melalui laman sosial dengan memperincikan kehilangan wanita dipercayai terjatuh ketika melalui lokasi berdekatan kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata usaha menjejaki penunggang motosikal wanita itu dilakukan selepas dipercayai terjatuh dalam longkang.

Betikutan itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Ibrahim Omar bersama 14 anggota ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan, 4.11 petang semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2016 @ 2:36 PM