Charyl jadi sebutan. FOTO Instagram Charyl
Charyl jadi sebutan. FOTO Instagram Charyl

Kuala Lumpur: Selain daripada keputusan tidak memihak kepada Harimau Malaya apabila tewas 2-0 kepada Thailand, malam tadi, ramai yang turut memperkatakan mengenai pemain tengah Gajah Perang, Charyl Chappuis.

Kelibat jejaka kacak kacukan Thai-Swiss itu mendapat perhatian peminat wanita Malaysia khususnya dalam laman Twitter.

"Pemain Thailand, Chappuis seperti Ronaldo (Cristiano Ronaldo) versi Asia ," tweet Phoebe Shafinaz.

"Tak kisah la, Charyl Chappuis tu handsome ke tak. Dia seorang pemain bola sepak yang hebat. Pergerakannya lincah dan sering menjaringkan gol," tweet Danny.

Charyl, 22, yang dilahirkan di Kloten, Switzerland pernah mewakili skuad bawah-17 Switzerland yang menjulang kejohanan Piala Dunia FIFA U-17 pada 2009, namun memilih untuk mewakili negara kelahiran ibunya, Thailand, sejak tahun lalu.

Dia juga popular di laman sosial apabila akaun Instagramnya kini mempunyai lebih 271,000 pengikut.

Sejak perlawanan malam tadi, tersebar gambar Charyl berpelukan dengan seorang lelaki di laman sosial sehingga mencetuskan khabar angin bahawa dia bernafsu songsang.

Bagaimanapun, individu terbabit sebenarnya adalah adik kandungnya sendiri dan Charyl pula mempunyai teman wanita berasal dari Jerman.

Pemuda itu sudah berada di negara ini petang tadi bagi membuat persiapan perlawanan Sabtu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Disember 2014 @ 5:30 PM