CHAMIL (enam kiri) bersama moderator dan ahli panel ketika Forum Media Kebangsaan 2016. FOTO Abdullah Yusof
CHAMIL (enam kiri) bersama moderator dan ahli panel ketika Forum Media Kebangsaan 2016. FOTO Abdullah Yusof
Mohd Nasif Badruddin


Kuala Lumpur: Institut Akhbar Malaysia (MPI) akan mengadakan Forum Media Kebangsaan di seluruh negara termasuk di institusi pengajian tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Chamil Wariya berkata, forum itu menjadi platform untuk pengamal media, ahli akademik dan pelbagai pihak berkaitan membicarakan isu kewartawanan dan media negara ini.

"Barangkali elok juga Forum Media Kebangsaan ini kita jadikan projek bergerak ke seluruh negara pada masa akan datang, membabitkan bukan saja MPI dan Institut Pengajian Kewartawanan (IJS) Universiti Teknologi MARA (UiTM) tetapi juga pusat pengajian kewartawanan, media dan komunikasi universiti awam (UA) lain.

"Barulah program ini benar-benar menjadi kebangsaan dalam erti kata ia bergerak ke segenap pelusuk tanah air kita ini," katanya dalam ucapan aluan Forum Media Kebangsaan 2016 di sini, hari ini.

Forum kali ketiga bertemakan 'Hala Tuju dan Masa Depan Kewartawanan di Malaysia' anjuran MPI dan IJS UiTM itu membincangkan pelbagai isu semasa media dengan matlamat menghasilkan rumusan mengenai perancangan media pada masa depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2016 @ 8:11 PM