Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: Dua rumah musnah manakala sebuah lagi rosak teruk dalam kebakaran di Kampung Bagan Pinang di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian 1.50 tengah hari, tiga rumah yang tiada penghuni gagal diselamatkan apabila api marak dengan pantas.

Ketua Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat Port Dickson S Maniam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.53 tengah hari sebelum menggerakkan enam anggota ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba, api marak dan anggota bomba berusaha memadamnya supaya tidak merebak ke rumah berdekatan.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kebakaran berjaya dikawal setengah jam kemudian. Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 September 2016 @ 4:47 PM
API marak membakar tiga rumah di Kampung Bagan Pinang, hari ini. FOTO Mohd Khidir Zakaria
API marak membakar tiga rumah di Kampung Bagan Pinang, hari ini. FOTO Mohd Khidir Zakaria