KERETA dipercayai milik suspek. FOTO ihsan pembaca
KERETA dipercayai milik suspek. FOTO ihsan pembaca
LEMBU yang gagal dilarikan suspek. FOTO ihsan pembaca
LEMBU yang gagal dilarikan suspek. FOTO ihsan pembaca
Zulfa Mohamad


Kepala Batas: Dua lelaki gagal mencuri dua lembu apabila tindakan mereka disedari penduduk di Lahar Tiang dekat sini, 7.30 malam tadi.

Kejadian berlaku dalam ladang kelapa sawit ketika suspek cuba menarik lembu masuk ke dalam kereta.

Bagaimanapun, tindakan suspek berjaya dihidu penduduk yang cuba mengejar mereka namun, suspek sempat meloloskan diri ke ladang kelapa sawit.

Penduduk, Noor Bibi Ziana Murad, 30an, berkata, dia terkejut apabila mendapati beberapa penduduk mengerumuni yang didakwa milik pencuri lembu.

"Dua ekor lembu dalam keadaan lemah turut berada dekat situ," katanya.

Penduduk mendakwa lembu berkenaan disuntik ubat pelali sebelum ditarik masuk ke dalam kereta.

Orang kampung yang berang dengan tindakan suspek kemudian dipercayai bertindak membakar kereta mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 September 2016 @ 9:43 AM