Kemalangan di Lebuhraya ELITE petang tadi. FOTO ihsan PDRM
Kemalangan di Lebuhraya ELITE petang tadi. FOTO ihsan PDRM
Ayusliza Azizan


Banting: Lori muatan tong gas terbalik sebelum tong gas itu tercampak ke laluan bertentangan di Kilometer (KM) 23.9 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), 5.30 petang tadi.

Lori berkenaan dari Shah Alam menghala ke KLIA dan kejadian itu menyebabkan kesesakan kira-kira lima kilometer di kedua-dua arah lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Zailan Tasir berkata, tayar lori berkenaan tercabut di tempat kejadian hingga mengakibatkan lori terbalik serta muatan tong gas tercampak ke laluan bertentangan.

"Dalam kejadian itu juga sebuah van dari arah bertentangan terbalik selepas gagal mengelak tong gas berkenaan.

"Bagaimanapun, semua mangsa tidak cedera dan kerja mengalihkan kenderaan serta tong gas giat dilakukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2016 @ 8:48 PM