SIRI Pertama JCM diadakan di Nusajaya, Johor
SIRI Pertama JCM diadakan di Nusajaya, Johor
Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Seramai lebih 600 peserta bakal bersaing pada Siri Kedua Junior Cycling Malaysia (JCM) Peringkat Kedah hari ini hingga esok.

Pengarah JCM Azhar Jamal berkata, sebelum ini pihaknya menganjurkan kejohanan sama di Nusajaya, Johor pada 14 Ogos lalu sebelum beralih ke Kedah.

Menurutnya, jumlah penyertaan ramai itu menunjukkan perkembangan positif sekali gus menjanjikan cabaran lebih sengit.

“Cabaran akan dirasai peserta ketika melalui Kuala Nerang dan Pedu kerana kawasan berbukit ini yang akan menguji ketahanan peserta,” katanya.

Menurutnya, acara yang bermula pada jam 7.30 pagi ini akan turut disertai Tunku Laksamana Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah.

Azhar berkata, bagi acara lebuh raya pula jaraknya sejauh 120 kilometer manakala bagi kriterium, 1.6 kilometer.

“Kali ini penganjuran lebih menarik kerana perlumbaan akan bermula di depan Menara Alor Setar selain turut menjanjikan hadiah menarik termasuk sijil penyertaan, pingat, wang tunai dan baucer,” katanya.

Kejohanan dua hari itu mendapat penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dari dalam dan luar negeri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 September 2016 @ 5:08 AM