KELUARGA Siti Noor Iasah iaitu suaminya, Muhammed Afiz Abu Bakar (kanan), anak mereka, Nur Iman Qaisarah (enam dari kanan), ibunya, Zatipah Omar (lima dari kanan) dan bapanya Mohamad Ariffin Khaled (tiga dari kanan) menadah tangan mendoakan kejayaan agar Siti Noor Iasah di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram. FOTO Zulkarnain Ahmd Tajuddin

Mohd Sabran Md Sani

Johor Bahru: "Saya tak janji apa-apa, tetapi saya akan buat yang terbaik," kata atlet paralimpik negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin, 27.

Dia berkata demikian ketika menghubungi suaminya, Muhammad Hafiz Abu Bakar, 33, pada 9.50 malam tadi.

Siti Noor akan bersaing dalam acara akhir 400 meter T20 wanita di Sukan Paralimpik Rio, yang dijadualkan pada 4.45 pagi, Rabu.

Muhammad Hafiz yang juga merangkap jurulatih wanita itu, berkata dia yakin isterinya boleh melakukan kejutan.

"Setiap kali bersembang dengannya, saya akan memberikan kata-kata semangat dan berpesan supaya fokus pada larian.

“Paling penting dia perlu mengekalkan momentum sedia ada dan tidak gementar ketika bersaing dengan dua pesaing utamanya," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sungai Tiram, di sini, malam tadi.

Katanya, dengan mengambil kira latihan secara intensif dilalui atlet itu sejak setahun lalu serta pencapaian cemerlang pada acara antarabangsa, tidak mustahil misi meraih emas menjadi kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2016 @ 11:55 PM