FOTO South China Morning Post
FOTO South China Morning Post


Hong Kong: Pesawat penumpang berlanggar dengan van di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong ketika bersedia untuk berlepas dalam penerbangan ke Pulau Pinang, hari ini.

Pesawat Dragonair A330 itu bersedia berlepas apabila satu daripada enjinnya terlanggar bumbung van berkenaan menyebabkan pemandunya cedera di kepala dan bahu.

Penerbangan KA691 ketika itu sedang menghala ke landasan, dalam kejaidan kira-kira 4 petang (waktu tempatan), kata Pihak Berkuasa Lapangan Terbang.

“Van [China Aircraft Services] dan pesawat berlanggar di kawasan letak pesawat `apron 25’,” katanya.

Jurucakap polis berkata: “Pemandu itu dihantar ke North Lantau Hospital untuk rawatan.”

Dalam satu kenyataan, Dragonair mengesahkan kejadian itu dan semua penumpangnya dipindahkan ke pesawat lain sebelum meneruskan perjalanan.

“Tiada laporan kecederaan terhadap 295 penumpang dan anak kapal,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 10:23 PM