PESAWAT United yang terkandas selama 16 jam. FOTO/AGENSI
PESAWAT United yang terkandas selama 16 jam. FOTO/AGENSI
Agensi

Montreal: Seramai 250 penumpang menggigil kesejukan selama 16 jam selepas pintu pesawat membeku akibat cuaca sejuk ketika ia membuat pendaratan cemas di lapangan terbang Goose Bay, Kanada.

NDTV melaporkan, pesawat United Airlines itu berlepas dari Newark, New Jersey petang kelmarin untuk melakukan penerbangan ke Hong Kong.

Bagaimanapun, salah seorang penumpang dikatakan mengalami masalah kesihatan hingga memaksa juruterbang melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang terbabit.

PENUMPANG didalam pesawat kecoh selepas bekalan makanan tidak mencukupi. FOTO/AGENSI
PENUMPANG didalam pesawat kecoh selepas bekalan makanan tidak mencukupi. FOTO/AGENSI

Pesakit itu berjaya dibawa ke hospital namun pesawat tidak dapat berlepas kerana pintu membeku akibat cuaca sejuk dengan suhu -30 darjah Celsius menyebabkan penumpang terkandas dalam kesejukan.

Keadaan menjadi kecoh apabila penumpang mula berang memandangkan bekalan makanan dan minuman di dalam pesawat tidak mencukupi.

Sebuah pesawat lain kemudiannya tiba pagi semalam sebelum menghantar semula semua penumpang ke Newark.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 January 2019 @ 2:22 PM