ANGGOTA polis membawa keluar tertuduh selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
ANGGOTA polis membawa keluar tertuduh selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Nur Saliawati Salberi


Alor Gajah: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi, atas tuduhan membunuh pelajar lelaki tingkatan lima, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Afandi A Aziz, 42, dan Muhammad Aqil Ikram Zambri, 18, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Majistret Nor Azizah Yusof.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan bunuh dengan menyebabkan kematian Mohd Shahrul Asri Rosainif, 17, di tepi jalan di Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru, di sini, kira-kira 11 malam 19 Ogos lalu.

Bagi perbuatan itu mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Prosiding pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Nizam manakala tertuduh diwakili peguam Andrew Lourdes dan Shangeetha Moorthy.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Oktober untuk sebutan dan serahan dokumen.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 2:46 PM