TIGA serpihan yang ditemui. FOTO AFP
TIGA serpihan yang ditemui. FOTO AFP
AFP

Maputo, Mozambique: Tiga serpihan disyaki milik pesawat MH370 yang ditemui di perairan Inhambane, selatan Mozambique didedahkan kepada umum oleh pihak berkuasa Mozambique, semalam.

Objek paling besar berbentuk tiga segi berwarna putih dan merah di satu bahagiannya dengan warna metalik di bahagian lain.

Serpihan itu ditemui pekerja hotel di perairan Inhambane, selatan Mozambique, bulan lalu.

Pengarah pihak berkuasa penerbangan Mozambique, Joao de Abreu berkata, ia adalah serpihan berwarna yang pertama ditemui.

Katanya, serpihan itu kemungkinan bahagian sayap pesawat.

Katanya, di bahagian dalamnya, ada label yang begitu mudah dikenali dan mampu untuk mengenal pasti identiti pesawat.

Sementara itu, dua lagi serpihan lebih kecil ditemui anak lelaki kepada diplomat Kesatuan Eropah (EU) berdekatan resort Xai Xai di selatan negara itu.

Ia diserahkan kepada pihak berkuasa minggu lalu.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai dua serpihan yang baru ditemui itu.

Semua objek itu akan dihantar ke Malaysia untuk pemeriksaan.

Pesawat MH370 hilang pada Mac 2013 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 penumpang dan anak kapal.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 3:30 PM