ORKESTRA Baltic Neopolis dari Poland.
ORKESTRA Baltic Neopolis dari Poland.

Kuala Lumpur: UMW Toyota Motor (UMW Toyota) bakal mengadakan konsert amal, Toyota Classics di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC, Kuala Lumpur pada 2 November depan.

Acara tahunan itu yang diadakan di Malaysia sejak 1990 antara 200 program kebajikan yang diadakan syarikat kenderaan itu di Asia bagi mengumpul dana kebajikan yang akan diserahkan kepada pelbagai organisasi yang memerlukannya.

Presidennya, Datuk Ismet Suki berkata, konsert pada tahun ini mempersembahkan kumpulan orkestra dari Poland, Baltic Neopolis yang popular dalam industri muzik antarabangsa.

Beliau berkata, kumpulan koir Fakulti Muzik Universiti Teknologi Mara (UITM) juga akan terbabit dalam pementasan berkenaan yang mana ia akan memberi inspirasi kepada pemuzik muda tempatan untuk menjadi terkemuka di peringkat antarabangsa.

“Sejak konsert ini diadakan pada 1990 sehingga kini kami mengumpul sebanyak RM8 juta yang akan diagihkan kepada rumah anak yatim, projek perlindungan haiwan liar dan mengadakan pelbagai program kebajikan untuk organisasi serta badan bukan kerajaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 September 2016 @ 12:07 PM