NUR Jannah menderita akibat tiga penyakit.
NUR Jannah menderita akibat tiga penyakit.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin

Kuala Lumpur: “Saya sudah tidak sanggup melihat anak menahan kesakitan akibat serangan sawan sehingga mukanya berubah warna biru kehitaman,” demikian luahan Aslina Mhd Sani, 36.

Aslina adalah ibu kepada bayi perempuan berusia empat bulan yang menghidap tiga penyakit iaitu sindrom patau atau alobar holoproencephaly dan sumbing ketika dalam kandungan tujuh bulan, manakala hydrocephalus (lebihan cecair di kepala) ketika usianya sebulan.

Sindrom patau ialah penyakit berkaitan dengan masalah kromosom yang memendekkan hayatnya dan ia juga penyebab kepada Nur Jannah Ahmad Razis kerap diserang sawan.

Katanya, penyakit itu (sawan) terlalu kerap menyerangnya iaitu setiap tiga minit, termasuk ketika anaknya tidur dan bertambah teruk sejak seminggu lalu sehingga keadaan menjadi seperti itu.

Suri rumah itu mengakui, naluri keibuannya tersentuh setiap kali sawan menyerang Nur Jannah kerana anaknya akan menangis dengan kuat seperti menahan kesakitan yang amat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2016 @ 5:26 AM