Yusri Abd Malek dan Mohd Firdaus Ibrahim


Tumpat: Seorang lelaki berusia 40-an dikenali sebagai Pok Jusoh antara jutawan sindiket penyeludupan lembu yang menjadi buruan pihak berkuasa.

Menurut sumber keselamatan, Pok Jusoh seorang daripada empat warga Malaysia paling dikehendaki pihak berkuasa kerana kegiatan penyeludupan binatang ternakan dari Thailand ke Malaysia.

“Biarpun dia menyeludup lembu dan kerbau, pihak berkuasa tidak boleh berkompromi kerana jika binatang diseludup berpenyakit, ia (penyakit) bukan saja menjejaskan industri tempatan sebaliknya membahayakan pengguna,” katanya.

Katanya, pihak sindiket dianggarkan mengaut keuntungan RM1 juta sebulan dan ia meningkat berkali ganda pada musim perayaan Aidiladha ataupun Aidilfitri.

Bagi membuktikan dakwaan itu, wartawan menemu bual seorang lelaki berusia 30-an yang pernah terbabit mengambil upah menyeludup lembu di sempadan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 September 2016 @ 8:34 AM
KANDANG  yang disediakan untuk menempatkan binatang diseludup di pinggir Sungai Golok.
KANDANG yang disediakan untuk menempatkan binatang diseludup di pinggir Sungai Golok.