IDRIS  (dua dari kanan) melepaskan peserta konvoi  ketika melancarkan program kempen Jalur Gemilang.
IDRIS (dua dari kanan) melepaskan peserta konvoi ketika melancarkan program kempen Jalur Gemilang.
HM Digital

Melaka: Kerajaan Melaka tidak mewajibkan peniaga di negeri ini mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing sepanjang sambutan bulan kemerdekaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata, sebaliknya mengibarkan Jalur Gemilang perlu dilakukan atas inisiatif pemilik premis tanpa paksaan daripada mana-mana pihak, sekali gus membuktikan rasa sayang pada negara.

“Sudah 60 tahun negara merdeka dan sepatutnya sekarang kita sebagai rakyat mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dalam diri masing-masing.

“Saya percaya jika dipaksa mengibarkan Jalur Gemilang rasa sayang dan cinta pada negara tidak menjadi tidak tulus dan dilakukan kerana terpaksa,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bendera Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan 2017 (sektor pelancongan) di Seri Bendahara, Ayer Keroh, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Ogos 2017 @ 6:31 AM