Chak Wee bersama isteri dan Idris memberi sokongan kepada beregu campuran negara beraksi pada final. FOTO NSTP/RASUL AZLI SAMAD
Chak Wee bersama isteri dan Idris memberi sokongan kepada beregu campuran negara beraksi pada final. FOTO NSTP/RASUL AZLI SAMAD
Oleh Mohd Hilmie Hussin


Melaka: "Sasaran emas sememangnya kepada Datuk Lee Chong Wei namun jika mereka berjaya menyumbang emas pertama, ini bukan sahaja bonus kepada mereka dan kami sekeluarga tapi bonus untuk seluruh rakyat Malaysia, “ kata Goh Chak Wee.

Chak Wee, 59 bapa kepada pemain Goh Liu Ying, hadir bersama isterinya Yong Ooi Lim, 53 di kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron untuk menonton final beregu campuran menemukan Chan Peng Soon-Liu Ying menentang gandingan Indonesia Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir.

Debaran dirasai mereka berdua, hadir seawal jam 10.25 malam biarpun final terpaksa dilewatkan untuk memberi laluan kepada perlawanan suku akhir perseorangan lelaki.

Chak Whee berkata, apa juga warna pingat bakal dihadiahkan anaknya dan Peng Soon, dia akan tetap gembira.

Hadir sama Pengerusi Pengangkutan dan Pemulihan Projek Datuk Lim Ban Hong, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Pantai, Sungai dan Pulau-Pulau Datuk Ghazale Muhamad serta Timbalan Pengerusi Kesihatan dan Pembangunan Datuk Ng Choon Koon.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2016 @ 12:18 AM