NAJIB melihat model SMARTXP, Helios Cove  bersama Mohamed Khaled serta Ismail (kanan) dan Lim Kang Hoo ( lima kanan). FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
NAJIB melihat model SMARTXP, Helios Cove bersama Mohamed Khaled serta Ismail (kanan) dan Lim Kang Hoo ( lima kanan). FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaburan komited terkumpul Iskandar Malaysia dari 2006 hingga Jun lalu berjumlah RM208 bilion.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 51 peratus atau RM106.43 bilion adalah pelaburan yang sudah direalisasikan.

"Daripada jumlah pelaburan komited terkumpul itu, 60 peratus atau RM124 bilion adalah pelaburan domestik, manakala 40 peratus iaitu RM84.05 bilion adalah pelaburan asing," katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Iskandar Malaysia Greenland Smart City Experiential Centre (SMARTXP), Helios Cove, Permas Jaya di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim; Pengerusi Greenland Group, Zhang Yuliang dan Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH), Tan Sri Lim Kang Hoo.

Sementara itu, Najib berkata, SMARTXP akan dibuka kepada orang ramai bagi membolehkan pelawat mengalami maksud sebenar bandar pintar melalui pelabagi teknologi digital seperti paparan skrin, realiti maya, rangsangan deria dan permainan interaktif.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Ogos 2016 @ 6:18 PM