PENERJUN wanita negara, Ng Yan Yee beraksi pada saingan kelayakan 3m papan anjal Sukan Olimpik Rio 2016, FOTO Rosli Rahmat
PENERJUN wanita negara, Ng Yan Yee beraksi pada saingan kelayakan 3m papan anjal Sukan Olimpik Rio 2016, FOTO Rosli Rahmat
Hamdan Saaid


Rio de Janeiro: Penerjun negara Wendy Ng Yan Yee melayakkan diri ke final 3 meter papan anjal individu wanita Sukan Olimpik Rio, awal pagi esok.

Wendy, yang sekadar menghuni tangga ke-17 peringkat kelayakan kelmarin, bangkit dengan persembahan lebih mantap untuk berkongsi tangga kelima separuh akhir bersama Abigail Johnston dari Amerika Syarikat.

Kedua-duanya mengumpul mata yang sama 324.75 pada separuh akhir membabitkan 18 penerjun di Pusat Akuatik Maria Lenk.

Dua penerjun China menguasai saingan apabila Shi Tingmao unggul dengan 385.00 mata diikuti rakan senegaranya He Zi (364.05) manakala Jennifer Abel (343.45) dari Kanada ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Ogos 2016 @ 9:59 AM