Syafil Syazwan Jefri


Percubaan Nuha menerusi single sulung berjudul Pertama Kali tidak membuahkan hasil seperti diharapkan.

Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF2014) yang kini mahu dikenali sebagai Sam Nuhair memilih keluar daripada pengurusan Astro tahun lalu.

Sejak itu, dia mula belajar selok-belok dunia hiburan dan berdepan pelbagai pengalaman menyedihkan.

“Keputusan saya berundur daripada Astro bukan kerana tidak menghargai jasa mereka tetapi ketika itu saya mahu fokus kepada pelajaran. Selain itu, saya mahu merasai sendiri susah senang bergelar anak seni.

“Bagaimanapun, tak sangka pula saya terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan paling menakutkan apabila ditipu,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Ogos 2016 @ 7:58 AM