Mahdzir  mencuba mengawal Robot Rero dengan menggunakan telefon pintar ketika melawat pameran Enter Coridor Trainer Centre (EC) sempena Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia di Putrajaya. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Mahdzir mencuba mengawal Robot Rero dengan menggunakan telefon pintar ketika melawat pameran Enter Coridor Trainer Centre (EC) sempena Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia di Putrajaya. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Hayati Ibrahim dan Mahaizura Abd Malik


Putrajaya: Gelombang atau fasa satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 mencatatkan pencapaian memberangsangkan dengan kejayaan tiga keberhasilan utama.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, gelombang pertama 99 peratus murid menguasai literasi Bahasa Malaysia dan numerasi selepas tiga tahun persekolahan.

Sementara, kadar penguasaan literasi bahasa Inggeris murid Tahun 3 tahun lalu meningkat sebanyak 15.81 peratus iaitu 78.3 peratus pada 2014 kepada 94.11 peratus pada 2015. "

"Enrolmen untuk pra sekolah meningkat kepada 84.51 peratus pada 2015, berbanding 80.2 peratus pada 2012, peningkatan sebanyak 71, 176 murid berbanding sebelum pelancaran PPPM.

"Kadar kemasukan murid ke sekolah rendah juga turut meningkat kepada 98 peratus mengatasi kadar sejagat iaitu 91 peratus.

"Selain itu, ia juga merapatkan jurang pencapaian antara bandar dan luar bandar

mengurangkan sebanyak 31.6 peratus berdasarkan pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2015 PPPM 2013-2025 di sini, hari ini.

Turut hadir ialah kedua-dua timbalannya Datuk P Kamalanathan dan Chong Sin Woon; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad dan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.

Mahdzir berkata, kejayaan gelombang ini berjaya dicapai hasil kerjasama kolektif dan kolaboratif semua pihak berkepentingan.

Katanya, sepanjang tiga tahun ini juga enrolmen menengah rendah dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasion (TVET) meningkat 5.3 peratus berbanding 4.6 peratus pada 2013.

"Sementara, Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) yang diperkenalkan tahun lalu menyaksikan 343 murid mendapat dua

sijil serentak iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

"Kami menjangkakan jumlah itu meningkat kepada 4,260 tahun ini berdasarkan permintaan tinggi dalam bidang ini,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2016 @ 3:09 PM