PASUKAN mencari dan menyelamat mengusung mayat mangsa. FOTO ihsan Pembaca
PASUKAN mencari dan menyelamat mengusung mayat mangsa. FOTO ihsan Pembaca
Hamzah Osman


Langkawi: Remaja lelaki dari Kangar, Perlis yang hilang ketika mandi bersama empat rakannya di pantai Tanjung Rhu, semalam, ditemui lemas, hari ini.

Pengarah Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Kwee berkata, mayat Mohammad Asyraaf Che Amat, 18, ditemui pada 11.45 pagi kira-kira 100 meter dari tempat mangsa tenggelam.

Katanya, dalam kejadian itu mangsa bersama empat rakannya dikatakan ditarik arus ke tengah laut ketika mandi di beting pasir pada 6 petang semalam.

"Operasi memcari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada 6.13 petang semalam sejurus menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

"Bagaimanapun operasi itu ditangguhkan pada 7.45 malam akibat ombak besar dan cuaca gelap sebelum disambung semula 7.30 pagi tadi," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Ogos 2016 @ 1:20 PM