Oleh Ibrahim Isa

Ledang: Mayat seorang lelaki lengkap berpakaian ditemui terdampar di Sungai Teluk Kemang, Rawang di sini, 4.40 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis daerah Ledang Deputi Superintendan Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.40 pagi sebelum sepasukan polis dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba kami menemui mayat Tay Tong Hing, 60-an dari Parit Bakar, di sini, terdampar dan lengkap berpakaian.

"Kami dapati tiada sebarang unsur jenayah ke atas mayat mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

Difahamkan, Tay terjatuh ke Sungai Muar di Jambatan Sultan Ismail kira-kira 2 pagi semalam, sebelum mayatnya dihanyutkan ke Sungai Teluk Kemang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 6:09 PM