FOTO Afiq Hanif
FOTO Afiq Hanif
Afiq Hanif


Petaling Jaya: Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) memperkenalkan dua pelan prabayar baru, Digi Prepaid Live dan Prepaid Best yang memberikan pengalaman Internet berbeza kepada pengguna.

Digi Prepaid Live menawarkan data sebanyak 8GB bagi strim video dan muzik setiap bulan.

Ia merangkumi akses kepada laman popular seperti YouTube, iflix, Spotify, Apple Music dan banyak lagi.

Pelan prabayar kedua, Digi Prepaid Best pula disasarkan bagi pengguna yang pentingkan komunikasi apa bila menawarkan Internet dan mesej sosial secara percuma.

Kuota Internet percuma sebanyak 200MB diberikan kepada pengguna yang membuat panggilan antarabangsa (IDD) minimum RM1 ke Indonesia, Bangladesh, Nepal, India, Pakistan, Myanmar, Filipina, Thailand, Vietnam atau China.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Ogos 2016 @ 12:35 PM