MAZIAH termenung di bilik khas arwah Siti Suzaini (gambar kecil).
MAZIAH termenung di bilik khas arwah Siti Suzaini (gambar kecil).
Nor Amalina Alias

Bachok: “Hanya bantal dan anak patung kecil ini menjadi pengubat rindu setiap kali saya teringatkan Kak Long,” kata Maziah Jusoh, 52, yang sukar mempercayai anaknya yang koma akibat kemalangan sejak 17 tahun lalu meninggal dunia, Khamis lalu.

Siti Suzaini Jailani, 24, yang dikenali sebagai Kak Long koma sejak usia tujuh tahun meninggal dunia jam 7 pagi, Khamis lalu selepas mengalami sesak nafas.

Maziah berkata, sejak anak sulungnya itu koma tidak sedarkan diri mereka tidak pernah berpisah kerana Kak Long memerlukan penjagaan rapi.

Katanya, untuk mengurangkan rasa rindu terhadap Kak Long, setiap pagi saya menziarah kuburnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai, di sini, selain mencium pakaiannya.

“Bantal ini sudah 12 tahun menemani Kak Long manakala anak patung kecil bentuk singa laut ini pula hadiah seorang doktor yang merawat Kak Long ketika usia sembilan tahun. Ini sajalah kenangan yang saya ada untuk mengingati arwah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Julai 2016 @ 8:18 AM