Gimnas Wilayah Persekutuan (dari kiri): Rayna, Tammy dan Nur Naieme. FOTO NSTP/OSMAN ADNAN
Gimnas Wilayah Persekutuan (dari kiri): Rayna, Tammy dan Nur Naieme. FOTO NSTP/OSMAN ADNAN
Saiful Affendy Sapran & Ferzalfie Fauzi


Kuching: Wilayah Persekutuan merampas kedudukan teratas pungutan pingat Sukan Malaysia (SUKMA) daripada tuan rumah Sarawak selepas menambah enam pingat emas hari ini untuk keseluruhan tujuh pingat emas.

Empat emas kontinjen Wilayah Persekutuan hadir menerusi acara individu gimnastik berirama iaitu dua daripadanya disumbangkan oleh Tammy Ng Jia Win yang mendominasi apparatus individu gelung dan bola.

Rayna Hoh Khai Ling dan Nur Naieme Zainul Ariffin masing-masing meraih satu emas menerusi apparatus tali serta belantan.

Dua lagi pingat emas Wilayah Persekutuan disumbangkan dalam acara taekwondo menerusi Nicole Lim Le Theng (middleweight 67-73kg) dan Amirul Danial Samsudin (welterweight 74-80kg).

Sarawak yang mengungguli pungutan pingat semalam, jatuh di tangga kedua apabila sekadar meraih tiga pingat emas hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Julai 2016 @ 8:40 PM