HAZIQ dan Ayunda Putri. FOTO ihsan Haziq
HAZIQ dan Ayunda Putri. FOTO ihsan Haziq
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Dengan sekali lafaz, penyampai radio Hot FM, Haziq, 26, sah bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya, Ayunda Putri Mekar Sari Yushi, 26, dalam majlis pernikahan di Masjid Al-Aman, Puncak Setiawangsa, di sini, 9.10 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Muadz Bin Jabal Taman Setiawangsa, Uztaz Muadzeen Ackil berwalikan bapa Putri, Yudhi Yulfan dengan disaksikan keluarga dan sahabat handai.

Putri yang juga pegawai bank menerima mas kahwin RM208 manakala hantaran berjumlah RM12,112.

Pengantin perempuan turut menerima lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang kepada pengantin lelaki.

Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni sebelum itu mengikat tali pertunangan dengan Putri pada 18 Oktober tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Julai 2016 @ 10:43 AM