MENTERI Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. FOTO Arkib NSTP/Asyraf Hamzah
MENTERI Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. FOTO Arkib NSTP/Asyraf Hamzah
Garret Dawum


Kuala Lumpur: Cadangan memperkenalkan visa kepada pelancong dari negara Timur Tengah ditolak oleh kabinet dalam mesyuaratnya pagi ini di pejabat Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, terdapat empat sebab utama kabinet menolak cadangan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Antara sebabnya adalah ancaman kumpulan militan Daish melibatkan isu keselamatan dan bukan pemberian visa semata-mata, kumpulan terbabit bukannya hanya datang dari Timur Tengah tetapi seluruh dunia, pengenalan visa bukan hanya melibatkan keputusan Malaysia tetapi hubungan dua hala (negara terlibat) dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara Timur Tengah yang rata-ratanya anggota Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC).

"Kesimpulannya, penguatkuasaan keselamatan negara perlu diperketatkan dan diberi keutamaan," katanya dalam sidang media di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di sini, hari ini.

Setakat ini, kata Nazri, industri pelancongan masih belum terjejas akibat ancaman kumpulan militan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Julai 2016 @ 3:58 PM