PETIKAN tangkap layar dari rakaman cctv. FOTO ihsan pembaca
PETIKAN tangkap layar dari rakaman cctv. FOTO ihsan pembaca
Syah Rul Aswari Abdullah


Maran: Empat ditahan selepas dipercayai terbabit insiden pergaduhan selepas perlawanan Piala Malaysia antara FELDA United dan Negeri Sembilan di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, Maran, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata, suspek berusia antara 17 dan 39 tahun ditahan di dalam bas berhampiran di Plaza Tol Chenor.

"Pada kejadian 11 malam itu, seorang lelaki dipercayai dipukul di pintu masuk Gate D Stadium berkenaan oleh empat lelaki.

"Semua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Rakaman kamera litar tertutup insiden itu yang berdurasi 2.51 saat kini menjadi viral selepas dimuatnaik ke laman sosial Facebook.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Julai 2016 @ 10:52 AM