Komander Lebuh Raya Zon Utara Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Asisten Superintendan Hazil Reza Mohd Ghazali dan kanan, Ketua Operasi Subtek Zon Tengah Superintendan Mohd Radi Abd Rahman. - Foto MUHAIZAN YAHYA

Komander Lebuh Raya Zon Utara Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Asisten Superintendan Hazil Reza Mohd Ghazali menyerahkan saman kepada pemandu yang menggunakan lorong kecemasan berhampiran susur keluar R&R Tapah arah selatan, hari ini. - Foto MUHAIZAN YAHYA

Muhammad Apendy Issahak

Tapah: Sebanyak 1,019 saman dikeluarkan terhadap pesalah trafik yang memandu di lorong kecemasan di lebuh raya zon utara sejak Op Selamat 9 dilancarkan mulai 29 Jun lalu hingga jam 3 petang hari ini.

Komander Lebuh Raya Zon Utara Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Asisten Superintendan Hazil Reza Mohd Ghazali berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan kira-kira 500 peratus berbanding pada 2014 dan 2015.

"Secara kasar jumlah saman bagi kesalahan memandu di lorong kecemasan ketika cuti Aidilfitri pada 2014 kira-kira 6,000 saman, manakala tahun lalu, 4,000 saman.

"Keadaan ini menunjukkan impak positif dengan jumlah saman dikeluarkan bagi kesalahan sama pada Hari Raya kali ini hanya 1,019 saman," katanya pada sidang media di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah selatan Lebuhraya PLUS, di sini hari ini.

Menurutnya, penurunan kes penggunaan lorong kecemasan ini mungkin disebabkan hebahan media dan penguatkuasaan yang dilakukan di lokasi yang sering berlaku kesesakan.

Hazil Reza berkata, bagi kesesakan trafik pula, trend tahun ini berbeza apabila ramai pengguna lebuh raya pulang serentak selepas Hari Raya hingga menyebabkan kesesakan teruk.

Sementara itu, Ketua Operasi Subtek Zon Tengah Superintendan Mohd Radi Abd Rahman berkata, jumlah kemalangan maut dan kematian bagi lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri, jalan bandaran dan zon tengah iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Perak sepanjang Op Selamat 9 sehingga semalam (Sabtu) menunjukkan penurunan.

"Jumlah kemalangan maut bagi zon tengah ialah 64 kes berbanding 75 kes bagi tempoh sama tahun lalu, penurunan 11 kes, manakala jumlah kematian ialah 66 berbanding 78 pada tahun lalu.

“Bagaimanapun jumlah kemalangan meningkat 303 kes iaitu 7,069 kes sehingga semalam, berbanding 6,766 kes dalam tempoh sama tahun lalu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Julai 2016 @ 8:58 PM