EMBRIO disimpan dalam cecair nitrogen pada suhu -196 Celsius. Gambar kanan, bayi berkenaan yang dilahirkan selepas embrio dibekukan selama 18 tahun.
EMBRIO disimpan dalam cecair nitrogen pada suhu -196 Celsius. Gambar kanan, bayi berkenaan yang dilahirkan selepas embrio dibekukan selama 18 tahun.
Agensi

Beijing: Seorang bayi dilahirkan di China selepas hampir dua dekad embrionya dibekukan di sebuah hospital di Shanghai.

Bayi perempuan yang belum dinamakan dengan berat badan 3.3 kilogram itu dilahirkan melalui proses konsepsi 18 tahun lalu menggunakan embrio yang dibekukan.

Dia anak sulung seorang wanita berusia 45 tahun yang melahirkan anak itu pada 27 Jun lalu di Jiangsu, lapor portal berita People’s Daily Online.

Menurut laporan itu, kelahiran bayi berkenaan adalah rekod kebangsaan baru kerana kehamilan menggunakan embrio beku untuk tempoh begitu lama.

Ibunya dikenal pasti sebagai Huang Qiong memutuskan untuk membekukan embrio berkenaan pada 1998 ketika berusia 27 tahun selepas mengalami kesukaran mengandung.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2016 @ 6:20 AM