KEADAAN kereta mangsa yang remuk. Gambar kecil, Jafri Adam.
KEADAAN kereta mangsa yang remuk. Gambar kecil, Jafri Adam.
Nur Saliawati Salberi


Alor Gajah: Seorang bapa sempat menjerit memanggil nama anak perempuannya sebelum meninggal dunia dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Jalan Hutan Simpan Masjid Tanah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi, Jafri Adam, 40, yang memandu Perodua Viva maut di tempat kejadian selepas terbabit kemalangan dengan Toyota Hilux, lori dan Proton Saga.

Isteri mangsa, Zalilah Abdullah, 38, berkata, ketika kejadian arwah suami dan anak sulung mereka dalam perjalanan dari rumah di Masjid Tanah ke bandar Melaka bagi menguruskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anaknya.

Katanya, anak sulungnya berusia 18 tahun baru saja menyambung pelajaran di kolej milik kerajaan negeri awal bulan lalu dan mahu membuat permohonan pinjaman PTPTN bagi membiayai kos pengajian.

“Saya terkejut dengan kehilangan suami, saya tahu mengenai kemalangan itu selepas dimaklumkan adik kerana anak masih trauma selepas menempuh pengalaman cemas itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2016 @ 8:35 AM