Mohd Hamizar meninggal dunia 8.10 malam tadi selepas terbabit kemalangan.
Mohd Hamizar meninggal dunia 8.10 malam tadi selepas terbabit kemalangan.
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Wartawan Berita Harian (BH) Mohd Hamizar Abd Hamid, 43 meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada jam 8.10 malam tadi selepas terbabit dalam satu kemalangan di Persiaran Barat, di sini.

Jurucakap polis ketika dihubungi berkata, arwah sebelum itu yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135 LC terbabit dalam satu kemalangan berhampiran susur Lebuh Sentosa di sini.

Menurutnya, mangsa sedar sebelum mengadu sakit di bahagian rusuk.

"Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia pada 8.10 malam tadi," katanya.

Katanya, pihaknya masih menyiasat lanjut punca kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Menurutnya, sejurus kemalangan, pihaknya tidak menemui kad pengenalan diri mangsa kecuali pas kerja media NSTP.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Jun 2016 @ 10:02 PM