AKMAL Hadi ketika melawat stesen radio Hot FM.
AKMAL Hadi ketika melawat stesen radio Hot FM.
Najiy Jefri


Petaling Jaya: Hasrat kanak-kanak menghidap kanser tulang rawan, Akmal Hadi, 11, untuk melawat konti stesen radio Hot FM di Sri Pentas, di sini, dan menemui idolanya, penyampai radio AG dan Fara Fauzana akhirnya tercapai apabila dia diberikan peluang itu pagi tadi.

Kunjungan Akmal Hadi bersama ibunya, Miza Pawan Chik, 42, menerusi segmen Geng Pagi Hot bersama penyampai radio Ajak, Fizie dan Haziq disambut baik penyampai dan pendengar setia stesen radio berkenaan.

Akmal Hadi yang beberapa kali menyampaikan hasrat kepada ibunya bahawa dia ingin sangat bertandang ke konti Hot FM dan menemui Fara yang juga bekas penyampai radio Hot FM dan AG menarik perhatian Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul.

Selain AG dan Fara,beberapa penyampai lain seperti Haiza (Kool FM) dan Tun Nadia turut meluangkan masa bertemu kanak-kanak terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Jun 2016 @ 4:29 PM